PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN IKHTISAS merupakan salah satu institusi pendidikan Seni
Kulinari bagi melahirkan graduan yang ingin memiliki laluan kerjaya yang dinamik dan cemerlang.
Anda telah memilih kerjaya yang menarik dalam salah satu industri yang paling pesat berkembang di dunia. Sekarang, pilihlah pendidikan yang akan menyediakan kejayaan untuk anda.

IKHTISAS telah mendapat kelulusan Pentauliahan Pusat (L-02162) dan Program di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dalam bidang Penyediaan & Pembuatan Makanan tahap 2 dan 3.

MISI

Misi IKHTISAS adalah berkhidmat untuk negara dan masyarakat dengan melahirkan golongan tenaga mahir yang berketrampilan dengan ilmu kemahiran dan kepakaran dalam bidang seni kulinari.

VISI

Melahirkan generasi warga belia kompeten, kreatif dan mampu melahirkan ciptaan, rekaan baru dalam dunia masakan.

FUNGSI

   • Bekerjasama dengan JPK mengikut NOSS.
   • Menilai keperluan latihan.
   • Membantu dan meningkatkan keupayaan kemahiran individu.
   • Membimbing pembelajaran atau penyelidikan berkenaan latihan kemahiran.
   • Mempromosi sistem latihan industri

KEPUTUSAN PENARAFAN :

Pusat Latihan Kemahiran Ikhtisas

Pusat Latihan Kemahiran Ikhtisas menjalankan program yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia diperingkat Sijil berorientasikan KEMAHIRAN bagi lepasan sekolah dan kepada individu dalam bidang Seni Kulinari.

Pn. Sugi (M)019-663 5250 / (O)06-631 2517 / (F)06-631 2517 pusatlki@hotmail.com

Nikmati EKSKLUSIF diskaun dan keistimewaan dari

Pusat Latihan Kemahiran Ikhtisas