Pusat Latihan Kemahiran Ikhtisas menjalankan program yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari halaman "PROGRAM" laman web kami.
Pusat Latihan Kemahiran Ikhtisas bertujuan memberi latihan kemahiran seni kulinari kepada individu yang berminat dalam bidang seni kulinari.
Graduan-graduan kami boleh menceburi pelbagai bidang kerjaya seperti pengusaha katering, penulis makanan, chef di restoran atau hotel, pembangun resepi, food photographer, perniagaan makanan sejuk beku dan chef selebriti.
Berkhidmat untuk negara dan masyarakat dengan melahirkan golongan tenaga mahir yang berketerampilan dengan ilmu kemahiran dan kepakaran dalam bidang seni kulinari.
Melahirkan generasi warga belia yang kompeten, kreatif dan mampu melahirkan ciptaan rekaan baru dalam dunia masakan.